Orang kita,
Kalau malas malas gila. Sampai tak reti nak buat apa. Tak nak mengaji, tak nak ambil tahu isu semasa. Tak mahu jadi pandai, tak mahu cakna semua perkara. Malas sampai jadi bodoh dan butahati.
Hidup dalam Sekular Baru Dunia memang sengaja media memainkan peranan untuk melahirkan manusia manusia yang hidup dalam pengabaian. Mengabaikan segala hal yang penting, yang wajib, yang harus di ambil kira, difikirkan, perlu dirisaukan, dan semua-semua yang akan membawa kemaslahatan pada umat sejagat.
Ya, kalau nak cerita soal plan puak-puak penyembah Azazil, memang kena rujuk blog Jemari Sakti. Tapi dekat sini aku pun dah MALAS nak story. Biarlah blog ni aku cerita dari sudut lain sikit..kang boring lak korang kata aku serius sangat. Kan.
So, bila dah start menulis campur English ni, aku nak listkan jenis manusia yang lahir bila kecelaruan dunia sekarang wujud.
1) Orang-orang yang pegang kuat Quran Sunnah. Ikut Ulama’.Berdakwah, berjuang secara konsisten untuk melawan kezaliman dan kebatilan.
2) Orang-orang yang menjunjung barat dan memang pengikut NWO. Mempertahan kebatilan dan sibuk bangga dengan kemodenan membabibuta.
3) Orang-orang yang mengaku hebat akademik dan suka jadi neutral, dalam masa yang sama kritik dan tak mengesankan apa-apa. Syok sendiri.(cakap pandai buat tak reti)
4) Orang-orang yang dari dulu kaki hiburan dan ikut trend. Baik tua dan muda yang tak ada pendirian yang tetap. LALANG, Hidup tak ketahuan hala. Kalau kaya jadi rosak, kalau miskin kaki ikut adat dan khurafat. (kaki tengok tv)
5) Orang-orang yang tahu ilmu agama tapi buta dengan wang dan harta, serta pangkat dan kedudukan. Rela jual agama untuk kepentingan.
6) Orang-orang yang tahu agama dan baik amalan, tapi tak mahu campur hal semasa. Hanya berani cakap tapi tak bertindak atau berjuang. Selamatkan diri sendiri.
(aku listkan orang kita majority yang muslim ok. Dan, ini dari pandangan aku)
Setakat ni, orang kita tak lari dari 6 golongan kat atas. Termasuk la aku. 6 jenis manusia ini semuanya terikat teruk dengan masalah ekonomi yang mengakibatkan ketidakwarasan akal. Maka, dari golongan ini terlahir pula kaki jenayah dan rosak pegangan hidup. Kerosakan institusi keluarga dan kehuru-haraan berlaku dimana-mana meski senyap.
Mana satu aku ni? Kejap nak cakap pasar kejap nak ayat buku. Haish..haha
So, fenomena akhir zaman yang banyak kemudahan di merata-rata untuk mengakses maklumat menjadikan masing-masing antara kita mula menetapkan dan mahu memilih pegangan hidup baharu. Ada yang dari sesat berubah menjadi baik dan suci. Ada yang dari jahil jadi tak henti-henti mahu mencari ilmu.
Tapi, di antara kedua ini ada jenis manusia yang jadi makin celaru akibat tension dengan keadaan dan situasi. Pendek kata EGO dengan pegangan sebelumnya. Tak mahu berubah dan jadi semakin gila. Yang suka kritik jadi macam murai gila, yang suka duduk tengah-tengah jadi lebih-lebih-lebih penting diri. Sibuk cari kesempatan tak kira apa. Menjadi lalang professional.
Golongan yang berubah kesan dari maklumat tak bersempadan pula akan memasuki diri mereka kepada salah satu golongan manusia yang 6 di atas tadi. Takkan lari kemana cuma berubah tempat saja.
Ok,ok, ok,..!
Aku pun dah pening sebenarnya. Memang menyampah orang baca bila aku tulis macam poyo-poyo. Tapi kan, cuba korang fikir.. betul tak. ?
satu lagi kan, orang kita ni memang takkan lari dari perangai macamni :
1. Hasad dengki...> tak boleh tengok orang senang sikit nak mengata macam-macam. Mulut jahat.
2. Malas..> tak nak berubah walau sampai jadi karat.
3. Suka salahkan orang…> semua orang lain yang silap, kita semua betul.
4. Buruk sangka…> bila ada sesuatu perkara, suka fikir negative bukan-bukan. Tak pernahnya nak sangka baik dulu.
5. Suka cari salah orang…> tak ada perasaan kasih sayang untuk sama-sama ubah keadaan jadi baik.
6. Tak tahu tolak ansur…> masing-masing penting diri dan tak reti nak bermasyarakat.
7. Pak turut.
Haha.
Ingatlah wahai manusia.. kebenaran yang paling absolute ialah wahyu. Apa yang datang dari Allah dan Rasul itu kebenaran yang tak ada ragu. ( yang turun kepada kita dari tangan para tabi’in dan imam-imam, alim ulama’.)
Bila kita mengaku kita muslim, maka kita kena pertahan iman kita, yakni : mengaku dengan hati,ikrar dengan lisan dan melakukan dengan anggota badan. Kalau hilang salah satu, tak boleh..!
Sekian.
Rizzy :)


















